Saturday, March 19, 2011

KaMek SaYanG KiTaK

Ya Allah.

Tetiba hari ini aku amat2 rindukan beliau.

Sebenarnya hari2 aku rindu & ingat pada pada beliau.

Tapi, hari nie terasa sangat2 rindukan beliau hampir2 ingin mengeluarkan cecair dr kelopak mataku ini. 

Aku jadi macam nie bila melihat wajah beliau dalam gambar di facebook. Sungguh. Aku menatap wajah beliau lama2. Terasa sangat2 rindu pada beliau.

Ya Allah. Kuatkan semangatku ini Ya Rabb. Then, aku ambil al-quran & bukak. Selak bahagian belakang sekali kerana di situ tersimpannya gambar kenangan bersama beliau. Sungguh aku sangat2 rindu padanya. 

Walaupun diri beliau telah ada pengganti, namun, bagiku beliau adalah yang TERBAIK, TERHEBAT, TERKACAK, PENYAYANG, BERTANGGUNGJAWAB, GAGAH, BERANI dan lain-lainlah. 

Aku tetap & sentiasa sayang, rindu, cinta & berdoa kepada beliau agar beliau sejahtera & bersama dgn sahabat2 yang beriman di sana. 

Walaupun aku & beliau tidaklah begitu lama bersama, namun beliau akan tetap senantiasa dihatiku. Aku ingin mencari insan seperti beliau. Insya'allah. Kalau boleh, aku nak muka, perangai, sifat & sikap sama macam beliau. Sebijik sejibik. Hehehe. Ade ke ek? Waallahualam..

Namun, pemergian beliau dari hidupku masih ada lagi 1 insan yang senantiasa berada di sisiku sampai sekarang ini. Even 1 sudah berlalu, namun aku bersyukur kerana masih lagi seorang insan yang bertakhta dihati ku selepas Allah, Rasul & beliau. Insan yang amat2 aku sayanggggggggggggggggggg sgt, rinduuuuuu sgt, cintaaaa sgt. Bagiku, beliau seorang insan yang TABAH, KUAT mcm power rangers, GAGAH, BERANI, BERTANGGUNGJAWAB, SANGAT2 MENGAMBIL BERAT, TERCANTIK d'hatiku, PENYAYANG dan banyak lagi senarai yang tak dapat ku ungkap kan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku terhadapnya. 

Selepas permergian beliau, insan inilah yang mengambil port mengurus kehidupanku. Insan ini aku sangat2 kagum dengannya. 

Senantisa menjaga keperluan ku. Sentiasa memberi dorongan & galakan agar berusaha dalam hidup serta pelajaranku.  

Sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluan ku. Tahu akan apa kegemaranku. Tidak pernah menggongkong kehidupanku. Sentiasa menjaga kebajikan ku. Insan ini memang seorang yang sangat2 gigih dan tabah. 

Aku bersyukur kepadaMu kerana menganugerakan aku insan ini dalam hidupku. 

Insan inilah sumber kekuatan & inspirasi ku. Insan ini tak pernah putus asa dalam hidupnya.

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau rahmatilah kedua2 hambaMu yang aku sayangi ini. Ampunilah dosa2 mereka. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara ku semasa aku bayi hinggalah dewasa kini. Ya Allah, lindungi & peliharalah mereka dari perkara2 yang mungkar. Limpahkan rezeki kepada insan ini. Berikanlah semangat & kekuatan kepada insan ini agar insan ini lebih tabah & kuat dlm m'hadapi UjianMu. Berikanlah petunjuk & hidayahMu kepada insan ini Ya Rabb. Tempatkanlah beliau d'kalangan orang2 yang beriman. Aku bersyukur kepadaMu kerana menganugerahkan kepadaku kedua2 hambaMu ini yang amat aku sayangi, cintai & d'rindui selalu.

Insya'allah. Suatu hari nanti, jika d'panjangkan umur, inginku balas jasa2 & pengorbanan hambaMu ini Ya Rabb.Yang telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit kerana aku. 

I love & miss you forever

Abdul Rauf b. Sarim (my late father)


Masitah bt. Mohd Hussaini (my mum)

1 comment: