Tuesday, February 22, 2011

Cinta hati baru

Dah lama rasanya tak berBlogging. Sunyi sepi tanpa update. Tetiba hari ini nak sharing cinta sejati baru kat sini. Cinta sejati saya namanya H. H sangat istimewa pada panilaian saya. Kalau tak istimewa, manakan saya nak jatuh cinta dengan H kan.

Sejak saya in relationship bersama H, bermula hujung bulan 12 tahun 2010, sejak itulah segalanya berubah.
Sebenarnya sudah lama saya jatuh cinta dengan H apabila melihat seorang sahabat saya juga bersahabat dengan H. H memang baik. Sahabat saya itu pun kata H memang sangat baik, bagus & dalam masa yang sama memberikan pertolongan dalam masalah yang dialami oleh sahabat saya itu.

Bila saya telah melihat perubahan yang H berikan kepada sahabat saya itu, sejak itu saya mula memendamkan perasaan yang mendalam terhadap H. Benar. Saya sudah jatuh cinta dengan H. Sangat sangat sudah jatuh cinta dengan H.

Akhirnya, saya bertekad untuk bersama H. Maka, saya mula menghubungi sahabat saya itu dan bertanyakan tentang H. Pelbagai persoalan demi persoalan yang saya bertanya tentang H semata-mata saya memang benar-benar ingin mengenali dengan lebih dekat dengan H.

Setelah sahabat saya merekomenkan saya bersama H, sejak hari itulah cara & gaya hidup saya berubah. Saya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sejak bersama dengan H. Kerana H telah banyak membantu orang ramai & menjadikan mereka lebih sihat. Kerana itulah saya CINTA dengan H. Sumpah H! I Love You so much H.

Setelah berminggu-minggu bersama H, saya mula merasai perubahan terhadap diri saya. Syukur. Berat badan saya sudah turun. Tak kisah even turun sikit, namun sikit sikit lama-lama jadi bukit kan kan kan. Selain berat badan telah turun, peratus lemak dalam badan saya juga berkurang. Kemudian, kadar air dalam badan juga telah meningkat, umur organ dalam badan juga semakin berkurang, BMR kena tingkatkan lagi skit, physique rating maintain (ok), bone mass pun maintain (ok) & visceral fat dah maintain tp kena turun lagi skit jerr.

Syukur alhamdulillah. Tidak rugi rasanya bila bersama dengan H. Lupa lak. Ada lagi perubahan lain yang saya rasa bila bersama H nie. 1st, badan rasa sangat2 bertenaga bila minum teh bersama H. Seyes. Kat dalam kelas saya langsung tidak rasa ngantuk, fokus & bertenaga berbanding sebelum ini. Di rumah lak, saya tak tidur langsung pada waktu petang.  Energy beb. Then, paling suka jugak kulit muka dah tak kusam, bintik-bintik putih yang bila picit akan keluar nasi (ala ala jerawat nasi) dah berkurangan (suka2 =)) & kulit muka rasa licin je. Lagi satu, sejak dengan H, masalah pelawasan dah ok. =) Petanda yang bagus tu kan.

Banyak perubahan yang saya alami bila bersama H. Maka, saya pun nak insan yang sangat saya sayang (my beloved mom) berkenalan dengan H. Saya nak insan yang saya sayang itu juga sihat seperti saya. Bagi saya, Money isn't everything than our health, right. Syukur, my mom juga ada rasa perubahan dalam dirinya. Thanks a lot H. Yang penting, saya nak family saya sihat. =) =) =)

Inilah H yang benar2 saya cari selama ini. Akhirnya saya temui. Syukur.

2 comments: